Professional III exam

Jadi aku start blogging dengan cerita pro 3 exam yang dah habis sebulan lebih almost 2 months.
sebabkan busy dengan wedding preparation, jadi niat nak simpan cerita dalam blog tertangguh.

Professional 3 exam adalah final..the very final exam yang medical student kena hadap.
menentukan either ko bleh grad jadi doctor atau tak.
exam paling kecut perut.

It took 5 days to complete the exam. first 4 days are theoretical and last was clinical.
then, divide between medical based subjects and surgical based subjects.
medical based subjects; internal medicine, paediatrics, emergency medicine, psychiatry, primary care, urban health, community medicine.
surgical based subjects; surgery, obgyn, orthopaedics, ophthalmology, ent, anaesthesiology, radiology (both in medical and surgical.

theoretical pulak consists of MCQ, MEQ dan SEQ. 
clinical; OSCE and clinical....for medical and surgical based.
it was quite pack..setiap hari exam. setiap hari kena study (of course la kan).
theory parts all were okay, paling best MEQ sebab all the scenarios were common cases.
tapi aku as a human being yang tak genius mana, screwed in few questions.

the most scariest was clinical. OSCE memang few stations yang pfffttt.
lepas tu pulak clinical, diorang divide by group.
group mana yang exam on the first day, second and etc.
aku group A..dah kata A of course first day. Hahaha.
suka jugak la first day sebab;
1. cepat habis exam
2. mesti case tak pelik2
3. examiners still fresh and lenient lagi (KOT) hahaha

clinical untuk hari first start pukul 10 pagi kat Hospital Sungai Buloh (HSB).
aku pukul 8 pagi dah sampai. nak berebut parking kat dalam hospital tu haha.
lepas breakfast, revise ape yang patut lepas tu naik level 9.
clinical yang ni divie lagi ada short and long case.
long case kita akan diberi 1 hour for full clerking and physical examination.
short case akan ada 3 cases, and 10mins for each cases.

aku takde specific case yang aku nak..cuma mohon dipermudahkan dari segala aspect.
taknak obgyn!! aku memang berdoa sungguh2 semoga tak dapat obgyn cases neither in long case nor short case.
sebab tak confident dengan obgyn.
masa dah kat luar ward tu cuak jangan cakap lah.
dengan orang sekeliling yang berbincang pelbagai topics!
aku tengah revise spinal nerves examination, kang ada yang tanya treatment of thalassemia.
dari ortho aku berubah ke paeds. 
lepas tu ade pulak "ehh..differences between uterine and ovarian mass"
beralih pulah ke obgyn.
jadi mixed sudah segala informasi dalam kepala aku hahahaha.

time2 macam ni lah benda yang simple bleh jadi lupa.
masa tu aku revise physical examination je.
takleh jadi cuak sangat, masa pon ada lagi before exam starts, surau plak dekat sesangat..depan mata.
pegi surau, solat dhuha. mohon pada Allah.
dah selesai, secara tiba2 tak sedar tersebut "semoga aku dapat case respi (case yang kena mengena dengan pernafasan)"

sebelum masuk kena undi nombor giliran. 
nombor kau tu lah penentu ko dapat case apa.
penentu okkkkk...
masa aku undi aku dpt nombor yang aku tak sure sgt...
exam staff tu tulis nombor 9 ke nombor 6.
kan bile terbalik2 kan die jadi keliru.

kawan rapat aku pulak dapat nombor yang sama...keliru gak.
die nombor 9 ke 6??
exam coordinator cakap.."you guys decide together which number you will choose, 9 or 6"
sebab untuk exam ni, sekali masuk adalah 8 orang.
aku bagitau aku tak ready nak masuk dalam first group.
kawan aku ni die ready tak ready die redah je hahaha.
jadi die ambik 6, aku ambik 9. masuk la aku ke dalam 2nd group.

dah tiba turn aku, aku dapat M2, maksud nya aku dapat case internal medicine.
the power of dua, aku dapat case respi.
Ya Allah, bersyukur.
bukan nak kata power sangat handle case respi, tapi aku confident dengan respi.
better dari ko dapat heart case yang ada murmur, neurological problem. hihihi.
dah sedia maklum kalau case yang untuk pro exam mesti complicated.
maksud nya, patient tu bukan ada 1 penyakit sahaja.
macam patient yang aku dapat, dia ada pneumonia (current) and at the same time, she's a known case of long standing diabetes mellitus type 2 and on insulin with sensory impaired. 

after 1 hour, aku kena present this case to external and internal examiners.
i knew both of them for sure.
ade la screwed kat few parts, diagnosis aku pon caca merba.
tapi aku boleh jwb most of their questions.
so takde la sedih sangat.

after lunch break, mula pulak short cases.
before mula die dah siap2 bagi postings apa yang kita akan dapat.
sekali lagi, rezeki Allah bagi..aku dapat surgery, orthopaedics dan emergency medicine.
again, tak dpt obgyn. suka gilerrrrr...

aku start dengan short case untuk surgery. 
masuk bilik exam, aku nampak consultant dari HTAR.
aku pernah exam dengan dia masa 4th year.
soalan die mencabar gak masa tu hahaha tapi it was okay. that time aku dapat case inguinal hernia.
so this time masa masuk bilik tu aku nampak sorang makcik baring atas katil.
dalam kepala aku what case would it be?? it must not inguinal hernia. thank god.
consultant suruh aku examine patient's abdomen.

memang dalam rules, untuk yang in medical line pasti tau, kena inspect, palpate, percuss and auscultate.
masa tu aku tengah inspect, dan tiba2 patient tu batuk...dan terkeluar mass kat umbilical(pusat) area. aku bersyukur sangat, tak sure patient tu batuk in purpose or memang nak batuk. 
sebab aku terlupa nak check cough impulse, untuk check whether hernia orifices intact ke tak.
terima kasih Allah Kau buka pintu hati patient tu untuk tolong aku.
again..hernia case yang aku dapat.
dan Alhamdulillah, soalan2 yang consultant tu tanya aku, semua sama macam dia pernah tanya dulu.
memang dah ready dengan segala kemungkinan hahahaha.
aku rasa cepat sangat aku jawab semua soalan dia, sampaikan belum bunyi loceng masa tamat.
ada 2 consultants dalam bilik tu, siap tanya sesama sendiri "lulus? ok lulus"
nak melangkah keluar, consultant HTAR stopped aku, sambil tanya "give me 3 types of asthma drugs" patient tu ada underlying chronic asthma. so aku bagi jawapan then baru keluar.
itu pon tak bunyi2 lagi loceng.

2nd station; orthopaedics.
aku taktau ortho surgeon mana yang jadi examiner hari ni.
yang pasti surgeon dari HTAR. so, basically yang pernah ajar kitorang la yang jadi examiner.
aku tunggu kat luar bilik ortho. aku nampak Mr R.
taktau nak suka ke tak..hahaha. masa end of rotation exam pon aku dengan dia jugak!
sangat soft spoken, even badan die besar dan tinggi (sesuai lah jadi ortho surgeon).
bila dah masuk, nampak patient tengah duduk dan letak tangan kanan atas meja.
okkk..aku tak nampak ape yang problem nye kat patient ni. sihat walafiat.
elok pakai working attire.
Mr.R bagi instruction "pls examine his hands"
masa tu aku dah nampak!
patient tu ada ganglion cyst! hehehe
lagi sekali, simple case..Ya Allah bersyukur lagi sekali.
ortho ni payah nya aku nak kena bagi few differential diagnosis.
memang aku dah siap2 prepare dalam kepala kalau untuk case ni, tapi bila die tak terima differential aku yang itu, aku dah taktau nak bagi apa lagi. hahaha.

3rd station; emergency medicine.
posting yang paling aku suka. 
untuk posting ni aku banyak study benda yang common kat ED tapi agak tricky bagi aku.
contoh macam snake bite, drugs intoxication, MI, anaphylactic shock, allergic. 
aku terlupa untuk revise ACLS.
jadi masa lunch break, terbukak pintu hati untuk bukak ACLS manual guide.
informasi dah ada dalam kepala, cuma nak kena tajamkan lagi dan hafal algorithm serta specific drugs.
contoh; adenosine untuk tachycardia, kalau kita bagi kat patient bradycardia, it will cause fatal.
nampak mcm simple mistake tapi can cause fatal, terusss failed.
bile masuk exam room, again aku dapat lecturer sendiri, yang jadi examiner masa end of rotation.
dan aku dapat case supraventricular tachycardia (SVT) !!!!

syukur terbukak pintu hati nak revise acls tadi hihihi.
it was smooth all the way. 
memang confident lah menjawab.

sebabkan aku antara orang terawal yang habis exam, kena la tunggu semuaaaa habis exam.
diorang akan announce sesiapa yang borderline kena reseat for viva.
viva tu penentu either ko passed or failed.
nama aku tak terpanggil. passed ke failed ni? huhuhu
setiap examiners yang nak balik, kitorang tahan diorang tanya our own result.
saikoooo kengkawan aku ni tau. hahaha
surgery untuk first day tu semua orang lulus!
best nyeeee.

group yang akhir exam on 4th day.
hari jumaat ptg result dah tampal kat notice board faculty.
aku masa tu memang dah balik kampung.
busy dengan wedding preparation.
dah nak maghrib, si Farid whatsapp tanya dah tengok ke result.
aku terus la bukak group whatsapp..tengok smorang dah kecoh pasal result.
terima kasih pada yang sudi snap picture result tu. dpt la aku tengok di kejauhan.
gigil wehhh scroll id number..dengan nervous nye.
scroll sekali tak jumpa..2 kali tak nampak. mane laaaa aku punya ni.
setiap gamba result tu ade je yg failed.
cuakkkkkkk amat weh!
okk inhale..exhale..inhale..exhale..bawak bertenang.
check sesatu..
ok jumpa dah! tengok belah kanan... PASSED.
Alhamdulillah, menitis air mata.
akhirnya...kann..
masa tu parents dah pegi surau. jadi orang first aku bagitau adalah H.
seronok sangat.

parents balik dari surau, aku bagitau yang aku dah jadi doctor.
ayah tanya dah bagitau H ke? bila aku cakap dah..ayah kata..mana boleh H jadi org first yang tau.
i was like errkkkk...krik krik krik.
dah kat surau, takkan aku nak simpan kegembiraan tu selama 2 jam tanpa share kat sesapa.
tak boleh tauu..mesti kena hebahkan jugak hahaha.


masa tu pikir Yahoo! dah boleh kahwin!

hehehe.


rezeki kan, pasti ada untuk setiap seorang. cuma cepat atau lambat je rezeki nak sampai. mungkin ada halangan. bersihkan dosa, sucikan diri. jangan lupa bersabar dan berdoa. InsyaAllah.

I'm Back!!!

Lama sangat blog ni bersawang. Lama..teramat lah lama.
Sampai aku pon dah habis belajar.
Dah capai cita-cita. Hahaha.

Dulu awal blogging, segala jenis code html aku godek nak buat template sendiri.
Now, aku dah tak reti apa.
Excused template aku yang bergambar artis kpop tu. Hahaha.
Maklum lah dulu gile kpop..sekarang dah tua, dah kahwin..dah tak gile sangat dengan kpop.
Jadi ambik masa untuk aku remove dan tukar template blog ni.

Terlalu banyak untuk dicerita. semua dalam kepala. tapi malasssss nak menaip.
padahal sekarang tengah goyang kaki je kat rumah, ehemm fulltime housewife. lagi suka membaca blog orang dari menaip.
husband suruh resume balik blogging.
at least ada cerita yang kita simpan untuk baca kemudian hari.
rajin sangat lah aku nak membaca balik semua entri blog haha.

entri sebelum2 ni semua aku dah remove masuk dalam draft.
zaman mentah dulu tulis pun tah hape2..jadi aku bawak masuk draft je la.
nak baca pon segan apetah lagi nak bagi org lain baca.
lagi la mcm krik krik krik.
kalau H yang baca?? mau die bahan aku sebulan.
sekarang dah start new chapter of my life.
jadi semua benda kena baruuuu...

:P
 

Setting Up Blog Using Blogger | Re-Design By NaNi™ © 2009 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox or IE7 or Higher